Blogroll

 

Kamis, 15 Mei 2014

Tentang Masjidil Haram

0 komentar
Tentang Masjidil Haram

Masjidil Haram

Masjidil Haram terletak di kota Makkah Al-Mukarramah. Masjid ini mengelilingi Ka'bah yang merupakan Qiblat seluruh umat muslim didunia dalam mengerjakan sholat.Menurut keimanan umat Islam, Haram sheriff telah dibangunkan oleh malaikat sebelum kejadian manusia oleh Allah S.W.T. dan Allah mentasbihkan satu tempat sembahyang untuk mencerminkan al-Baytu l-Makmur, tempat para malaikat mengerjakan solat mereka. Umat Islam mempercayai bahwa Ka'bah berada betul-betul di bawah "Arasy" atau Singgahsana Allah. Ka'bah pertama sekali dibangun oleh Nabi Adam dengan bantuan para malaikat. Ka'bah sudah beberapa kali rusak ditimpa bencana dan pelbagai punca lain. Nabi Ibrahim dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail , telah memperbaiki Ka'bah, setelah diperintah oleh Allah S.W.T. untuk memperbaiki Ka'bah dan membangub masjid di sekitar Ka'bah.

Makam Ibrahim

Makam Ibrahim, ini bukanlah tempat perkuburan nabi Ibrahim. Makam Ibrahim merupakan bangunan kecil disebelah timur Ka'bah. Didalam bangunan kecil tersebut terdapat sebuah batu yang diturunkan oleh ALLAH SWT dari syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Diatas batu itulah Nabi Ibrahim berdiri waktu membangun Ka'bah bersama puteranya Nabi Ismail.

Hajarul Aswad

Hajarul Aswad terletak di penjuru keempat Ka'bah. Umat Islam percaya Hajarul Aswad telah diturunkan dari syurga dan telah bertukar menjadi hitam oleh sebab kejahatan manusia. Menurut sejarah, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebuah permata putih yang lebih putih dari salju tetapi lama - kelamaan menjadi hitam disebabkan oleh dosa-dosa orang-orang Musyrik. Kalau tidak kerana sentuhan tersebut niscaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadits Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi
hijir Ismail
Hijir Ismail merupakan pagar batu berlingkar 1.5 meter dan terletak berhampiran dengan Ka'bah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu baginda membangunkan Ka'bah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu marmer. Berdasarkan kepada sabda Rasulullah , sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Ka'bah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Ka'bah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Ka'bah karena kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Ka'bah". Orang yang telah mengerjakan tawaf disunatkan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di Hijir Ismail selepas berdoa dan mengerjakan solat sunat di Maqam Ibrahim.
Tentang Masjidil Haram

0 komentar:

Posting Komentar